Tuesday

30 Jun Tarikh Tutup Bagi Jun 2011

Sila ambil perhatian bahawa tarikh tutup bagi bulan Jun 2011 adalah pada 30 Jun, 2011 bersamaan hari Khamis. Tarikh tersebut juga merupakan tarikh akhir tahun kewangan syarikat, maka syarikat ingin mengingatkan bahawa tiada layanan bagi sebarang rayuan untuk lanjutan penyerahan jualan atau 'top up'. Semua pesanan anda mesti sampai ke HQ sebelum 5.00 petang. Tiada 'Top-Up' akan dibenarkan selepas dari tarikh dan masa tersebut. Muktamad!

Syarikat akan mengadakan pengauditan stok pada pagi 1 Julai, 2011. Oleh itu, stok tidak akan dikeluarkan sehingga jam 12 tengahari. Stok hanya boleh dikeluarkan pada sebelah petang hari yang sama, insyallah.

Semua ahli dinasihat untuk membuat pesanan awal bagi memantau jumlah jualan kumpulan anda bagi mencapai target masing2.

INGAT!!! PERINGATAN PENTING PERLU DIULANG BERKALI2! Sila buat pembelian peribadi 150pv - (personal volume) (2 tin Alpha Lipid LifeLine) untuk melayakkan anda mendapat bonus!!

Bagi mereka yang mempunyai rangkaian bertahap Supervisor keatas dibawah mereka sila buat pembelian kumpulan sebanyak 800gv (group volume - Pembelian anda & downline direct anda yang belum Supervisor) untuk melayakkan anda mendapat bonus dari Supervisor2 dibawah anda.. Ingat tuu, kalau tak buat nanti rugi je tak dapat maksimum bonus.

Kepada Supervisor & Manager sila SENTIASA memberi peringatan ini kepada rangkaian anda, agar tiada kesulitan yang bakal timbul nanti.. Okey..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...