Friday
5 Hari Lagi Tarikh Tutup Bagi September
Salam Aidil Fitri Buat Semua
Dunia kan menyambut tibanya Syawal esok…
Kami dari AlphaLipid.Net berserta warga yang bernaung dibawah rangkaian ini, menyusun jari sepuluh ditambah dengan sepuluh jari2 kaki kami memohon maaf zahir dan batin dari hujung rambut hinggalah kehujung kaki seandainya ada kesilapan, kesalahan yang tidak disengajakan selama ini.
Bagi mereka dari rangkaian lain dan para pembaca blog2 kami juga… Maafkan kami sekiranya ada yang tersilap kata, terlanjur bicara didalam memberikan maklumat dan jawapan kepada soalan2 yang diajukan selama ini.
Maafkan kami sekali lagi…
Akhirkata, Salam Aidil Fitri…
Pandulah berhati2 di Aidil Fitri ini, semoga semuakan terus ceria menyambut hari raya..
Ikhlas dari Sham & Sue dari AlphaLipid.Net
Tuesday
Syarikat Tutup Sempena Aidil Fitri Selama 4 Hari
Maka diingatkan sekali lagi, sekiranya anda perlukan stok Alpha Lipid LifeLine sebelum cuti hari raya, SEKARANG adalah waktu yang sesuai untuk membuat pesanan.
Kami menerima pesanan selewat2nya esok 16.09. 2009 sebelum jam 12 tengahari. Semoga pesanan anda dapat diproses dan selewat2nya anda akan menerima pesanan tersebut pada hari Jumaat 18.09.2009.
Uruskan Pesanan Anda Sekarang!!!
Sunday
Persiapan Menjelang Hari Raya Aidil Fitri
Monday
Keahlian Hanya RM50 Sahaja!
Ini bermakna bagi mereka yang ingin menjadi ahli dan agen bagi mempromosikan produk popular yang berkhasiat ini, anda boleh membuat pembelian mana2 produk Alpha Lipid LifeLine dan ditambahkan dengan RM50 (Kit Permulaan Perniagaan).
Produk2 Alpha Lipid LifeLine:
1. Alpha Lipid LifeLine (Powder) - RM150
2. 60biji Alpha Lipid LifeLine (Kapsul/Tablet) - RM90
3. 120biji Alpha Lipid LifeLine (Kapsul/Tablet) - RM165
4. Alpha Lipid LifeLine 14 Sachets - RM83
Kos pengangkutan bagi pembelian kurang dari RM1,000 diSemenanjung Malaysia adalah RM10.00 sahaja. Bagi Sabah & Sarawak, kos pengangkutan bagi pembelian kurang dari RM2,000 dikenakan pada setiap 3 tin RM20 sahaja.
TAWARAN KOS PENGANGKUTAN PERCUMA!!!
Sila klik link berikut untuk tempahan
www.alphalipid.net/payment.htm
Sunday
17 Ramadhan Nuzul Quran
Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:
Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)
Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan. Artikel dari www.islam.gov.my