Thursday, November 26, 2009

Salam Aidil Adha dari kami buat semua

0 comments
Salam Aidil Adha buat semua pembaca blog Berita Terkini AlphaLipid.Net teristimewa buat mereka yang dibawah rangkaian ini.

Happy Aidil Adha to all!!



Hayatilah clip video diatas, carilah yang tersirat... sebuah pengorbanan...

Semoga pengorbanan nabi Allah Ibrahim dan anakandanya nabi Ismail dapat sama2 kita amati erti pengorbanan yang sebenarnya, erti keredhaan dan penyerahan diri sepenuhnya kehadrat Illahi. Sempena Aidil Adha ini, saya ingin berkongsi suatu yang diajarkan oleh guru saya tentang pengorbanan ini..

Segala2nya datang dari hati... sekiranya kita masih ada terasa hati, sakit hati, kecil hati, geram, marah, dengki dan segala yang datang... yang timbul dari sekeping hati ini... selagi itulah kita tidak benar2 lagi mengamati erti pengorbanan ini...

Semoga hati2 kita kan jadi lebih redha... lebih ikhlas dan lebih bersih di Aidil Adha ini... lupakanlah segala sengketa, ubatilah hati dengan meredhai...

Kerana sesungguhnya untuk meredakan hati yang kecil, yang sakit, yang terasa... amat payah rasanya... tetapi itulah pengorbanannnnn... kata guruku...

Kuatkah hati kita untuk meredhai segalanya... pemaafkah kita?

Doa ini agar diri dan semua yang membaca blog ini dapat menjaga hati, semoga bila terjaga hati..
maka rezeki semakin menjadi2... tiada lagi batu dan konkrit negetif yang menghalang...

Salam aidil adha buat semua...

Monday, November 23, 2009

Beberapa Perubahan Royalti ke 6 Nanti

0 comments
Selamat pagi semua, di Kota Bharu kini sedang mendung dan air banjir naik turun naik turun. Dah masuk fasa ke2 dah banjir ni semoga ia tidak melunturkan semangat mereka yang terpaksa menghadapi ia setiap tahun. Kerja2 memindah, mengangkut barang dan kerja2 mencuci rumah dari lumpur dan kotoran banjir sememangnya akan memakan usaha keringat yang banyak.

Apapun semoga kesabaran mereka itu dapat kita teladani didalam membina biz Alpha Lipid LifeLine ini. Baru2 ni kita telah disajikan dengan hidangan royalti kali ke 5 di Malaysia, royalti yang sangat meriah dengan persembahan Makan Malam Gala yang menghiburkan.

Hebat! yang kami pasti para hadirin terhibur sekali dan menjadikan penutup royalti kali ke 5 ini suatu yang tidak dapat dilupakan.

Tahniah Helmi Gimik... You Rockkkkk!!
Lebih 5 gelas rasanya beliau minum Alpha Lipid malam tu... hebat!!

Okey, berkaitan dengan royalti ini, beberapa perubahan telah dibuat oleh syarikat untuk royalti kali ke 6 pada Mei, 2010 nanti. Perubahan2 berikut seperti:

1. Tempoh royalti dipanjangkan dari 4 bulan ke 6 bulan (November 2009 hingga April 2010)
2. Kelayakan 2% royalti untuk Selempang Biru dinaikkan dari 30,000rv kepada 50,000rv
3. Kelayakan 3% royalti untuk Selempang Merah pula dinaikkan dari 60,000rv kepada 100,000rv
4. Kelayakan 4% bagi Selempang Emas & Duit dalam beg diturunkan dari 230,000rv kepada 200,000rv

Apapun perubahan yang dibuat, yang melayari biz ini adalah kita sendiri maka kitalah yang menakhodanya. Semoga apa juga rintangan, kecil ataupun besar dapat kita tempuhi dengan hati yang terbuka.

Ingat ya!! Pengiraan royalti hanya untuk pembelian anda dan ahli baru yang berdaftar dibawah anda dalam tempoh royalti (Nov 09 - Jan 10 & Feb 10 - Apr 10). Pembelian anda dan rangkaian anda sehingga level ke 4.

Sekiranya anda masih kurang faham, sila hubungi mereka yang mendaftarkan anda dan bagi ahli yang berdaftar dibawah rangkaian AlphaLipid.Net anda boleh terus berhubung dengan En. Sham/Puan Sue ditalian 013-9203194/013-9441388 atau email ke alphalipidnet@yahoo.com

Wednesday, November 18, 2009

Pakej Umrah 12 Hingga 22 Mac 2010

0 comments

Pakej yang dinanti2kan telah tiba kini... Pakej Umrah yang dijadualkan pada 12 hingga 22 Mac, 2010 ini ditawarkan kepada semua pengedar berpangkat Ruby dan ke atas sahaja.

Bagi mereka yang mempunyai cukup Travel Fund maka pakej umrah ini menjadi PERCUMA!

Berikut adalah keterangan lanjut tentang pakej tersebut:

Harga bagi Dewasa RM5,400 (1 bilik 2 orang), RM5,200 (1 bilik 3 orang)
Harga bagi Kanak2 (dibawah umur 12 tahun) RM4,700

- Harga pakej termasuk cukai lapangan terbang & surcaj bahanapi.
- Harga pakej adalah tertakluk kepada sebarang perubahan tanpa sebarang notis.
- Pengangkutan dari Jeddah/Mekah/Madinah/Jeddah dan lawatan di Mekah dan Madinah adalah dengan kenderaan.
- Penginapan di Mekah & Madinah.


Tarikh Tutup Pendaftaran 30 November, 2009
Sila faxkan borang pendaftaran anda ke 03-21784025

Sila download Borang Pendaftaran Pakej Umrah dilink dibawah:
http://www.mediafire.com/?mqcrzomzzyi/
Semoga diizinkan Dia Yang Maha Esa untuk kita kesana, menjadi tetamu agungNya nanti, insyallah.

Monday, November 16, 2009

30 November Tarikh Tutup Bagi November

0 comments
30 November, 2009 bersamaan hari Isnin adalah tarikh tutup bagi bulan November, 2009. Semua pesanan anda mesti sampai ke HQ sebelum 5.00 petang. Tiada 'Top-Up' akan dibenarkan selepas dari tarikh dan masa tersebut.

Semoga anda dapat membuat pesanan secepat mungkin, kerana kebiasaanya jika pesanan dibuat dihujung bulan, pesanan anda terpaksa menunggu panjang sebelum diproses keluar, maka anda terpaksa menunggu sehingga 5 ke 7 hari bekerja untuk menerima barang yang dipesan.

PERINGATAN BERULANG KALI! Sila buat pembelian peribadi 150pv - (personal volume) (2 tin Alpha Lipid LifeLine) untuk melayakkan anda mendapat bonus!!

Bagi mereka yang mempunyai rangkaian bertahap Supervisor keatas dibawah mereka sila buat pembelian kumpulan sebanyak 800gv (group volume - Pembelian anda & downline direct anda yang belum Supervisor) untuk melayakkan anda mendapat bonus dari Supervisor2 dibawah anda.. Ingat tuu, kalau tak buat nanti rugi je tak dapat maksimum bonus.

Kepada Supervisor & Manager sila SENTIASA memberi peringatan ini kepada rangkaian anda, agar tiada kesulitan yang bakal timbul nanti.

Menerima Alpha Lipid LifeLine

0 comments
Bagi mereka yang sering berurusan dengan AlphaLipid.Net dalam memproses pesanan Alpha Lipid LifeLine telah arif tentang prosedur kami. Setiap pembelian yang dibuat sebelum 12 tengahari akan dilakukan pada hari yang sama dan penerimaan produk paling cepat diterima pada keesokkan harinya.

Namun kekadang penerimaan produk Alpha Lipid LifeLine yang dihantar dari New Image (M) Sdn Bhd di MidValley melalui syarikat kourier menghadapi beberapa masalah. Masalah seperti kekurangan produk yang dipesan ataupun kerosakan produk.
Sila periksa produk yang anda pesan sebaik sahaja menerima dari pihak kourier!

Jika kekurangan atau ada perbezaan pada produk yang dipesan sila laporkan kepada Miss Kay dengan menghantar aduan anda ke email beliau di kay.chan@newimageasia.com. Sekiranya ada kerosakan seperti tin kemek atau pecah, sila ambil gambar tin2 tersebut dan hantarkan ke email tersebut.

Anda perlu emailkan aduan dengan menyertakan nama, no. telefon, no. PO atau DO dan no. Consignment Note.

Kemudian sila sahkan penerimaan aduan anda melalui SMS ketalian 014-9689303. Miss Kay akan membalas SMS anda berserta nombor aduan untuk rujukan.

Anda Tidak Terima Komisyen?

0 comments
Sekiranya anda ahli biasa yang membeli 4 tin dan keatas dalam sebulan, anda layak menerima komisyen dari 4% (RM4/tin) hingga maksimum 16% (RM16/tin). Jika anda SUPERVISOR, pembelian serendah 2 tin juga telah melayakkan anda mendapat RM50.

Bagi mereka yang layak tetapi masih tidak menerima komisyen mereka atau mempunyai masalah dengan cek yang mereka terima seperti salah nama, sila fakskan aduan anda ketalian fax 03-21784025 atau email kepada Ms Oliver di oliver.lim@newimageasia.com Setelah anda fax, sila sahkan penerimaan fax anda dengan menghantar SMS ketalian 010-2953989. Ms Oliver akan membalas SMS anda berserta nombor aduan untuk rujukan anda.

Sila sertakan butiran akaun bank anda supaya syarikat dapat mempercepatkan proses penggantian cek terus ke akaun anda.

Penggantian cek-cek yang tidak diterima akan diproses pada setiap hari Jumaat dan ia akan mengambil masa 1 ke 2 minggu untuk diperbaharui.

Tuesday, November 10, 2009

Hadapilah Cabaran Yang Mendatang

0 comments

Beberapa hari lalu, ketika melayari Youtube.com saya terjumpa dengan video diatas. Ikhlasnya video tersebut ringkas je tapi memberi kesedaran mendalam buat diri ini. Hayatilah video diatas dulu, nanti anda bacalah kembali coretan ini.

Setiap hari kita dihidangkan dengan pelbagai cabaran dan dugaan, untuk kita tempuhi... kekadang kecil dan ada kalanya besarrr rintangan didepan.. semua dihulur untuk kita rasai pahit getir kehidupan ini... rasai sakit pedih perjuangan ini.

Apa jua yang kita lakukan diluar sana, didalam famili sendiri atau didalam biz Alpha Lipid ini... cabaran, dugaan dan rintangan tetap ada... SETIAP HARI... setiap kanan dan kiri... dan sering juga kita keletihan dalam menghadapi cabaran yang datang... terasa sangat lemah.. bagai tiada harapan dan jalan penyelesaian... hampir kita berputusasa kerana kudrat dah tak banyak mana...

Namun... didikan selama ini mengajar, Yang Maha Kuasa itu ADA.. yang kita perlu terus positif...

Positif! Positif! Positif!

"Aduhhhh... sakitnyaaaa... pedihhh terasa... sakitttt...."

Susah payah, akanku usahakan juga, dengan titisan keringat yang masih ada akanku cuba bangun kembali... biarpun jatuh lagi... berkali2... biarpun sakit pedih... penat dan jerih.. akanku bangun juga... akanku gagahi.. akanku usahakan juga demi famili... anak2 dan isteri tercinta... Siapakah lagi yang akan membela nasib mereka kalau bukan diri ini? Biarlah apapun yang menimpa, kecil atau sebesar mana.. biarpun kudrat dah tak banyak mana, usaha akan tetap aku berikan... akanku teruskan perjuangan ini..

Semoga perjuangan ini mampu memberi manfaat buat semua...

Insyallah...

Saturday, November 7, 2009

Maklumkan Stok Anda! & Kami Bantu!!

0 comments
Khas buat mereka yang berdaftar dibawah rangkaian AlphaLipid.Net sahaja!

Sekiranya anda masih mempunyai stok Alpha Lipid LifeLine sekurang2nya 6tin. Sila email atau sms Nama, Kawasan & No Telefon anda untuk kami bantu dengan memaparkan maklumat anda kepada pembaca Blog Berita Terkini AlphaLipid.Net.

Kerana ada dikalangan pembaca Blog Berita Terkini AlphaLipid.Net yang HANYA ingin membeli 1 tin untuk mencuba dahulu dan ada juga yang tidak mahu berurusan secara online. Maka pada mereka yang memberi nama, insyallah stok mereka akan terjual dalam tempoh terdekat.

Friday, November 6, 2009

Senarai Penerima Royalti Malaysia Kali Ke5

0 comments
Tahniah kepada 348 orang penerima royalti kali ke5 nanti!

Mungkin dan barangkali mereka terdiri dari kalangan yang anda kenali, dan rezeki yang akan mereka terima nanti, diroyalti.. akan pasti menjadi milik anda pula pada Royalty Convention Kali Ke 6 pada April 2010 nanti, insyallah.

Apa yang perlu anda lakukan?
Usaha dan jangan berputusasa!
Rezeki memang dimana2 ada, cuma rezeki di Alpha Lipid ini dah ternyata... terbukti menjadi!

Untuk Royalti Kali Ke6 nanti, mulakanlah dari sekarang ini.. Bagi setiap Supervisor baru ataupun lama.. pembelian anda dan pembelian ahli baru dirangkaian anda yang berdaftar mulai November 2009 ini akan dikira point royaltinya.

Pengiraan selama 6 bulan!!! Bukan 4 bulan seperti sebelum ini. Makanya, peluang anda terbuka luas untuk menjana point royalti dan meraih wang royalti nanti, insyallah.

Bagi mereka yang belum mencapai tahap Supervisor, capailah secepat mungkin... lagi cepat anda capai ketahap ini, maka lagi banyak point royalti yang akan anda kumpulkan.

Terus maju kedepan dan sentiasa positifkan minda anda!

Berikut adalah jumlah penerima royalti kali ke5 nanti:

TAHNIAH! TAHNIAH! TAHNIAH!
Duit dalam beg - 29 orang
Sash Emas - 41
Sash Merah - 91
Sash Biru - 187

Sila lawati laman web syarikat di www.newimageasia.com.my untuk melihat mereka yang bakal membawa balik royalti wang tunai di Royalty Convention, Sunway Convention Center pada 15 November 2009 nanti:

Jumpa disana ya!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...