Monday

Tahniah & Terima Kasih New Image Support Team

0 comments
Jutaan tahniah semua atas perasmian Pejabat Baru N.Z New Image Sdn Bhd di Tingkat 20, Tower A, Northpoint Midvalley pada ahad 26hb Julai, 2009.

Jutaan terima kasih juga atas kerjasama dan bantuan yang dihulurkan oleh kakitangan N.Z New Image di Mid Valley. Dari hari ke hari jualan Alpha Lipid LifeLine bertambah rancak, dan pastinya ia memberikan tekanan dan suasana yang sibuk untuk setiap kakitangan N.Z New Image.

Dari kakitangan yang lama sehinggalah ke yang baru, kami dari AlphaLipid.Net mengucapkan...

Thank you...

Terima kasih teristimewa buat Madam Ooi, Miss Kay, Miss Oliver & Miss Racheal atas kerjasama yang diberikan selama ini. Thank a lot of thank you... :-)

Buat ahli2 yang berdaftar, kami ingin mengingatkan diri dan semua ahli semoga setiap dari kita dapat bertolak ansur dengan kakitangan N.Z New Image yang terpaksa menghadapi berbagai masalah dari masalah bonus hinggakan ke masalah barangan tak sampai. Setiap hari... dari pagi hinggalah ke dini hari... semoga dengan sikap bertolak ansur kita akan memudahkan segala urusan kita jua nanti, insyallah... kan setiap masalah ada jalan untuk menyelesaikannya.

Akhirkata buat semua... selamat maju jaya... agar kita kan terus ceria dengan biz yang semakin berjaya...

RM8,000,000 Diagih Di Royalty Convention Kali Ke4

0 comments
Lebih 4,000 orang menyaksikan RM8,000,000 diagihkan
(Lagi gambar2 royalti di http://alphalipidnet.fotopages.com)

Kibaran Jalur Gemilang bersama 9 bendera negara2 ahli

Bergambar bersama Mr. Greame Clegg & Mr NH Chua

Seperti yang diketahui ramai, Royalty Convention kali Ke 4 di Malaysia telah berlangsung pada sabtu 25hb Julai, 2009 di Sunway Pyramid Convention Center. Dimaklumkan RM8,000,000 telah diagihkan pada petang tersebut.

Royalty Convention kali Ke 3 di The Mines Convention Center, syarikat telah mengagihkan RM6,000,000 dan kali ini semakin menjadi2... syukur kehadrat Ilahi, yang mengizin, yang memberi...

Tahniah kepada lebih 1,000 penerima royalty pada kali ini, selendang biru 647 orang, selendang merah 338 orang, selendang emas seramai 138 orang dan penerima royalti dalam beg seramai 45 orang.

Tahniah! Tahniah! Tahniah!

Kepada mereka yang ingin mencapai royalti pada November, 2009 nanti (tentu aje tak mustahil untuk anda) pastikan anda mencapai tahap Supervisor dan kumpullah belian anda dan ahli2 baru dibawah rangkaian anda yang berdaftar didalam 4 bulan ini... bulan Julai, Ogos, September dan Oktober sekurang2nya 300 tin (30,000 RV).

45 buah beg bimbit berisi wang tunai
(Lagi gambar2 royalti di http://alphalipidnet.fotopages.com)

Untuk lebih lagi, lihat jadual ini:

Sash Biru – 30,000 RV
Sash Merah – 60,000 RV
Sash Emas – 120,000 RV
Beg Bimbit – 230,000 RV

Tahniah sekali lagi!

Tiada yang mustahil, pastikan kita akan bersama2 meraih royalti pada Royalty Convention Kali Ke 5 nanti, insyallah.

Tuesday

Berita Baik!! Jangan Lepaskan Peluang!!

0 comments
Sememangnya berita baik ini perlu diketahui semua.

Keahlian Percuma dengan pembelian 3 tin Alpha Lipid LifeLine akan diteruskan sehingga bulan Ogos, 2009. Ini bermakna mulai pada September, 2009 sekiranya anda atau rakan2 anda ingin menjadi ahli mereka kena membayar untuk keahlian sebanyak RM50 (Business Kit)

So jangan lepaskan peluang ini!

Jadilah ahli dalam bulan ini atau bulan Ogos nanti. Jangan bertangguh atau menanti2...

Ketahuilah kelebihan menjadi ahli dibawah rangkaian AlphaLipid.Net dengan melayari
www.alphalipid.net/benefits.htm

Selamat maju jaya buat semua..

Keahlian Percuma Tamat

0 comments
Baru2 ni pihak syarikat New Image telah membuat keputusan untuk menamatkan keahlian percuma dengan pembelian 3 tin Alpha Lipid LifeLine mulai 30 Julai, 2009. Ini bermakna sekiranya anda atau rakan anda ingin menjadi ahli selepas bulan Julai, mereka terpaksa membayar yuran keahlian sebanyak RM50.

RM50 tersebut akan diberikan Beg Business Kit yang mengandungi Pelan Pemasaran, Flyer2 dan sebagainya.

Bertindaklah segera untuk menjadi ahli New Image ini, kerana walaupun sekadar menjadi ahli biasa dengan pembelian 3 tin, setiap pembelian anda dan rakan2 anda akan dikumpulkan dan pabila ianya cukup 60 tin, maka anda akan mencapai tahap Supervisor.

Tahap Supervisor ini akan memberikan anda kelebihan bonus 25% kekal.

Seandainya sebagai Supervisor anda membeli 2 tin Alpha Lipid LifeLine, maka bonus yang bakal anda dapat adalah sebanyak RM50. Andaikan pula, rakan anda sertai anda dengan membeli 3 tin Alpha Lipid LifeLine, maka atas pembelian rakan anda itu, anda akan mendapat RM75.

Apa ertinya? Ertinya TAK RUGI JADI AHLI!!
Biarpun beli sikit2 tapi berkali2...

Maka rebutlah peluang untuk menjadi ahli secara PERCUMA dengan pembelian 3 tin Alpha Lipid LifeLine.

Sekiranya punyai sebarang musykil hubungi En. Sham atau Pn Sue ditalian 013-9203194 atau 013-9441388 atau email saja ke alphalipidnet@yahoo.com

Monday

29 Julai 2009 Tarikh Tutup Bagi Julai 2009

0 comments
29 Julai, 2009 bersamaan hari Rabu depan adalah tarikh tutup bagi bulan Julai, 2009. Semua pesanan anda mesti sampai ke HQ sebelum 5.00 petang. Tiada 'Top-Up' akan dibenarkan selepas dari tarikh dan masa tersebut.

Semoga anda dapat membuat pesanan secepat mungkin, kerana kebiasaanya jika pesanan dibuat dihujung bulan, maka anda terpaksa menunggu sehingga 5 ke 7 hari bekerja untuk menerima barang yang dipesan.

PERINGATAN! Sila buat pembelian peribadi 150pv - (personal volume) (2 tin Alpha Lipid LifeLine) untuk melayakkan anda mendapat bonus dan bagi mereka yang mempunyai rangkaian bertahap Supervisor keatas dibawah mereka sila buat pembelian kumpulan sebanyak 800gv (group volume) untuk melayakkan anda mendapat bonus dari Supervisor2 dibawah anda.. Ingat tuu, kalau tak buat nanti rugi je tak dapat maksimum bonus.

Saturday

Tiket Royalti Dah Habis??!!

0 comments
Tak habis lagi rasanya, tapi takan nak tunggu habis baru nak pergi belikan...

Tak nak la nak cerita panjang lagi... 5 hari je lagi, Royalty Convention yang dijadualkan pada 25 Julai, 2009 nanti berlangsung.

Kepada semua... janganlah lupa...

Belilah segera Tiket Royalty yang bernilai RM20 di HQ di MidValley, kerana kami dimaklumkan pada hari Royalty Convention tersebut Tiket tersebut tidak akan dijual. Jadi ingatlah, jangan berlengah dan tangguh2 lagi... pergi dapatkan Tiket Royalty

dan...

Jumpa anda disana, insyallah..

Anda Sendirian??

0 comments
Adat dan resam alam, setiap dari kita pasti dijengah masalah, rintangan dan halangan dalam kehidupan. Malah dalam membina biz Alpha Lipid ini pun masalah sering muncul, kekadang ia menghulurkan kepala sahaja, ada ketikanya dihulurkan kaki dengan tapak2nya sekali.

Apa jua yang mendatang, kecil mahupun besar... setiap dari kita PERLU TABAH menghadapinya. Memang kekadang kita rasakan kita sahaja yang bina biz ini, tiada sokongan dari kiri mahupun kanan, dari famili ataupun kawan, sokongan dari upline pun sering tiada... barangkali..

Dikala itulah... kita akan rasa yang KITA KESEORANGAN... yang kecewa dan marah, pastikan terus berhenti dan menamatkan perjalanan membina kejayaan ini. "Ahhh... biarlah orang lain je berjaya, biar aku sendiri dengan hidup aku ini..."

Percayalah wahai pembaca AlphaLipidNew.Co.Cc semua yang berjaya kini... melalui segala rintangan itu... bezanya mereka terus bergerak maju, biar perlahan namun berhenti tidak sekali!

Teruskan gerakan kejayaan anda, semoga ketabahan dan keyakinan kita kepada kekuasaan dan keadilan Dia Yang Maha Pemurah akan memberikan juga kejayaan cemerlang kepada kita nanti, insyallah.

Tontonlah kisah benar satu perjuangan "Men Of Honor", kisah yang menceritakan perjuangan seorang kulit hitam bernama Carl Brashear untuk menjadi penyelam pertama US Navy. Beliau bersendirian dikelilingi orang yang sering mengenepikan perjuangan beliau.



Klik untuk Sinopsis "Men Of Honor" http://www.imdb.com/title/tt0203019/synopsis

Selamat Hari Jadi New Image International

0 comments
Baru2 ni lebih kurang 80 orang leader2 biz ini dari Malaysia ke Auckland New Zealand, menghadiri lawatan ke sana mengutip pengalaman dan ilmu berguna. Mereka juga berkesempatan menghadiri majlis Royalti di New Zealand dan juga majlis sambutan Hari Jadi New Image International yang ke 25.

Selamat Hari Jadi, semoga dipanjangkan usia syarikat ini, dimurahkan rezeki buat semua ahli2nya, insyallah.

Sememangnya New Image International telah terkenal dengan produk Alpha Lipid LifeLine di seantaro dunia, malah New Image International merupakan pengeluar produk kolostrum yang terulung, mendapat anugerah 'Export Winner' dari Kerajaan New Zealand sendiri.

Ikhlasnya bagi kami, rezeki disini sememangnya murah dengan 'repeat sales' yang tinggi dan permintaan yang semakin menjadi... alhamdulillah dan syukur kepada Ilahi atas anugerah ini.

Sekali lagi... Selamat Hari Jadi!!

Monday

Anda Bertanggungjawab!

0 comments
Syukur kehadrat Illahi, biz Alpha Lipid LifeLine semakin menjadi2. Dulu tak dikenali, tak ramai yang tahu pun adanya produk berkhasiat yang mampu menyihatkan ini. Tapi sebaliknya kini, Alpha Lipid LifeLine telah dikenali diseluruh pelusok negeri dari Perlis hingga ke Sabah malah ke Brunei dan Indonesia juga Singapura... merata2...

Namun insan biasa tetap ada yang mengeluh dan merendahkan kemampuan diri, katanya "susahlah siapa yang nak beli harga yang tinggi ini?" sedangkan ramai yang telah berjaya mendapat ratus, ribuan, puluhan ribuan dan ratusan ribuan setiap bulan. Bezanya mereka yang berjaya adalah kerana mereka bertanggugjawab keatas biz mereka masing2. Ibarat menjaga telur agar tidak pecah ditengah jalan, begitulah hendaknya kita menjaga biz kita masing2. Janganlah diharapkan orang lain untuk menjaga biz kita.
Kita sendiri perlu bertanggunjawab keatas biz kita!
Mereka yang hebat pasti tidak menyalahkan dan menuding jari ke syarikat, ke Upline, ke Downline atau ke orang lain... mereka ketepikan segala yang negetif dan bergerak terus kedepan, biar tiada sokongan sesiapapun... kalau dah tekad, dah bersemangat, tabah mengharungi segala yang mendatang... redha akan segala ujian... pasti dan tentunya DIA kan kurniakan kejayaan jua, insyallah.

So pesan dari kami dari warga AlphaLipid.Net berusaha dan anggapkan biz Alpha Lipid ini adalah biz anda sendiri, berfikir dan bertindaklah dengan tindakan yang memajukan biz anda, insyallah DIA pasti akan kurniakan kejayaan buat semua.

Saksikan kejayaan pengiat Alpha Lipid di Royalty Convention di Sunway Pyramid 25 Julai, 2009 nanti... Selamat maju jaya buat semua.

Sham & Sue
013-9203194/013-9441388

Saturday

Gunakan Website Untuk Promote Royalty Convention

0 comments


Royalti yang ditunggu2 hanya tinggal dari 12 hari sahaja lagi. Penting sangat ke Royalty Convention ni? Siapa yang perlu hadir? yang ahli, yang bukan ahli, yang dapat royalti... yang tak dapat royalti macamana? perlu ke kami pergi??

Pengalaman ikhlas sepanjang mempromosikan produk berkhasiat Alpha Lipid LifeLine ini, ROYALTY CONVENTION adalah SATU2nya "Tools" yang perlu digunakan oleh setiap ahli untuk memajukan biz masing2. Kalau tak guna "Tools" yang hebat ini, maka rugi sangat rasanya.
Paling mudah nak tahu penting atau tidak Royalty Convention ini... atau perlu tak anda pergi walaupun anda tak menerima royalti!! Tanyalah kepada mereka yang dah mendapat royalti yang dalam uncang biru, merah, emas dan yang dalam beg 'jamesbond' yang bernilai puluhan dan ratusan ribu ringgit itu.

Tentu dan pasti aje setiap dari mereka akan mengesyorkan setiap dari ANDA UNTUK HADIR KE ROYALTY CONVENTION nanti!! Tidak mengira samada anda ahli atau tidak, atau anda menerima royalti atau tidak... pergi ke royalti dan saksikan sendiri...

Perubahan ketara dalam biz anda akan anda lihat sendiri, selepas anda saksikan sendiri aura dan kejayaan di Royalti Convention itu nanti.

So apa tunggu lagi, mohonlah cuti.. bookinglah tiket dan penginapan di Sunway nanti.

Semoga keputusan anda untuk menghadiri Royalty Convention di Sunway Pyramid Convention Center pada 25 Julai, 2009 nanti merupakan titik perubahan yang sangat hebat buat biz dan kehidupan anda sekeluarga, insyallah.

Sila guna website ini www.alphalipid.net/royalty.htm untuk promote Royalty Convention tersebut. Untuk maklumat lanjut sila hubungi En. Sham atau Pn Sue ditalian 013-9203194/013-9441388 atau email di alphalipidnet@yahoo.com

Tuesday

Bon-Voyage Auckland New Zealand

0 comments
Jam 9.00 malam semalam, 80 orang dari kalangan kita yang mempromosi produk berkhasiat Alpha Lipid LifeLine telah menaiki pesawat MAS menuju ke Auckland, New Zealand, dan ketika ini tentu sahaja mereka sedang bersantai dan bergembira di sana, mengikuti jadual lawatan sambil menikmati suasana baru disana.

Inilah salah satu kemudahan yang disediakan oleh N.Z New Image Sdn Bhd bagi mereka yang mencapai tahap Ruby Executive dan keatas. Rasa syukur kehadrat Ilahi kerana mengurniakan peluang dari produk Alpha Lipid ini. Bagi kami yang sememangnya teringin juga menjejakkan kaki ke bumi New Zealand terpaksa menangguhkan lawatan tersebut diatas sebab2 yang tidak dapat dielakkan.
Semoga nanti berpeluanglah lagi buat diri ini, famili dan kita semua ke sana, insyallah.

Doakan kepada mereka yang kesana agar mendapat sesuatu yang bermanfaat yang boleh digunakan untuk diri, rangkaian dan biz kita apabila balik ke Malaysia nanti.

Semoga mereka selamat pergi dan selamat kembali, insyallah.

Peringatan Ikhlas! Hadirilah Royalti Convention pada 25 Julai, 2009 nanti dan lihatlah perkembangan biz anda!
Untuk maklumat lanjut sila hubungi En. Sham & Puan Sue ditalian 013-9203194/013-9441388 atau hubungi melalui email alphalipidnet@yahoo.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...