Friday

5 Hari Lagi Tarikh Tutup Bagi September

0 comments
30 September, 2009 bersamaan hari Rabu depan adalah tarikh tutup bagi bulan September, 2009. Semua pesanan anda mesti sampai ke HQ sebelum 5.00 petang. Tiada 'Top-Up' akan dibenarkan selepas dari tarikh dan masa tersebut.
Semoga anda dapat membuat pesanan secepat mungkin, kerana kebiasaanya jika pesanan dibuat dihujung bulan, pesanan anda terpaksa menunggu panjang sebelum diproses keluar, maka anda terpaksa menunggu sehingga 5 ke 7 hari bekerja untuk menerima barang yang dipesan.
PERINGATAN! Sila buat pembelian peribadi 150pv - (personal volume) (2 tin Alpha Lipid LifeLine) untuk melayakkan anda mendapat bonus dan bagi mereka yang mempunyai rangkaian bertahap Supervisor keatas dibawah mereka sila buat pembelian kumpulan sebanyak 800gv (group volume - Pembelian anda & downline direct anda yang belum Supervisor) untuk melayakkan anda mendapat bonus dari Supervisor2 dibawah anda.. Ingat tuu, kalau tak buat nanti rugi je tak dapat maksimum bonus.

Salam Aidil Fitri Buat Semua

0 comments
Diluar sana, hujan renyai2 membasahi bumi Kota Tinggi ini. Ketupat, rendang, buluh lemang, ayam kampong yang diserbu malam tadi, kueh mueh, langsir dan berbagai lagi, sedang rancak disana sini. Diminda, dijiwa, dihati dan segalanya sedang fokus ke Aidil Fitri yang dah hampiri kini…

Dunia kan menyambut tibanya Syawal esok…

Kami dari AlphaLipid.Net berserta warga yang bernaung dibawah rangkaian ini, menyusun jari sepuluh ditambah dengan sepuluh jari2 kaki kami memohon maaf zahir dan batin dari hujung rambut hinggalah kehujung kaki seandainya ada kesilapan, kesalahan yang tidak disengajakan selama ini.

Bagi mereka dari rangkaian lain dan para pembaca blog2 kami juga… Maafkan kami sekiranya ada yang tersilap kata, terlanjur bicara didalam memberikan maklumat dan jawapan kepada soalan2 yang diajukan selama ini.

Maafkan kami sekali lagi…

Akhirkata, Salam Aidil Fitri…

Pandulah berhati2 di Aidil Fitri ini, semoga semuakan terus ceria menyambut hari raya..

Ikhlas dari Sham & Sue dari AlphaLipid.Net

Tuesday

Syarikat Tutup Sempena Aidil Fitri Selama 4 Hari

0 comments
Syarikat N.Z. New Image Sdn Bhd akan mula bercuti hari raya Aidil Fitri pada Sabtu 19hb September, 2009 sehingga Selasa 22hb September, 2009 (4 Hari).

Maka diingatkan sekali lagi, sekiranya anda perlukan stok Alpha Lipid LifeLine sebelum cuti hari raya, SEKARANG adalah waktu yang sesuai untuk membuat pesanan.

Kami menerima pesanan selewat2nya esok 16.09. 2009 sebelum jam 12 tengahari. Semoga pesanan anda dapat diproses dan selewat2nya anda akan menerima pesanan tersebut pada hari Jumaat 18.09.2009.

Uruskan Pesanan Anda Sekarang!!!

Sunday

Persiapan Menjelang Hari Raya Aidil Fitri

0 comments
Hari Raya menjelang tiba, persiapan berbagai bermula... dari kueh raya ke langsir raya... bershopping baju raya dikota raya... rancangan pun dibentang diatas meja...

Dalam keseronokan dan fokus kita kepada Aidil Fitri yang bakal menjelang nanti, janganlah terlupa pula pada tanggungjawab kita terhadap mereka yang memerlukan produk Alpha Lipid LifeLine. Bukannya apa, sudah menjadi lumrah dan sejarah... setiap kali musim cuti, lebih2 lagi cuti Tahun Baru Cina dan Aidil Fitri, HQ ditutup berhari2 dan syarikat kourier pun masuk sekali. Ini akan menyebabkan proses pesanan dan penghantaran menjadi lewat dan lambat, hinggakan sering menimbulkan berbagai masalah yang sukar untuk diselesai cepat.

Oleh itu, silalah buat persiapan untuk menyediakan stok Alpha Lipid LifeLine. Dan disyorkan agar pesanan dibuat selewat2nya sebelum hari rabu 16 September, 2009 agar produk yang dipesan bakal tiba sebelum Hari Raya... insyallah..

Ingat yee... order lah hari ini juga!!! Isnin, Selasa & Rabu... agar stok Alpha Lipid tiba didepan pintu... tak perlu tertunggu2...

Salam ramadhan dan salam Aidil Fitri buat semua, khasnya buat warga AlphaLipid.Net

Monday

Keahlian Hanya RM50 Sahaja!

0 comments
Bermula dari 2 September, 2009 lalu syarikat telah memulakan Pendaftaran Keahlian dengan hanya RM50 sahaja (Pembelian Kit Permulaan Perniagaan). Bagi Sabah & Sarawak pendaftaran keahlian dengan RM50 + RM10 caj pengangkutan bagi setiap Kit Perniagaan, menjadikan ianya RM60.

Ini bermakna bagi mereka yang ingin menjadi ahli dan agen bagi mempromosikan produk popular yang berkhasiat ini, anda boleh membuat pembelian mana2 produk Alpha Lipid LifeLine dan ditambahkan dengan RM50 (Kit Permulaan Perniagaan).

Produk2 Alpha Lipid LifeLine:
1. Alpha Lipid LifeLine (Powder) - RM150
2. 60biji Alpha Lipid LifeLine (Kapsul/Tablet) - RM90
3. 120biji Alpha Lipid LifeLine (Kapsul/Tablet) - RM165
4. Alpha Lipid LifeLine 14 Sachets - RM83

Kos pengangkutan bagi pembelian kurang dari RM1,000 diSemenanjung Malaysia adalah RM10.00 sahaja. Bagi Sabah & Sarawak, kos pengangkutan bagi pembelian kurang dari RM2,000 dikenakan pada setiap 3 tin RM20 sahaja.

TAWARAN KOS PENGANGKUTAN PERCUMA!!!

Sila klik link berikut untuk tempahan
www.alphalipid.net/payment.htm

Bagi Sabah & Sarawak Tawaran Kos Pengangkutan Percuma adalah RM550 sahaja.

Sunday

17 Ramadhan Nuzul Quran

0 comments


Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:

Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)


Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan. Artikel dari www.islam.gov.my
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...