Sunday

Jiwa kita jiwa MERDEKA!!!

0 comments
Merdeka! Merdeka! Merdeka!

52 tahun usia kemerdekaan kita tanda perjuangan pejuang2 hebat negara yang meletakkan kita ditempat kita sekarang ini. Betapa besarnya jiwa kemerdekaan didalam diri mereka. Semoga jiwa kemerdekaan tersebut tersemai kukuh disanubari setiap hati jiwa rakyat Malaysia hari ini.
Melayu, Cina, India dan semua bangsa yang bernaung dibumi MERDEKA MALAYSIA tentu sahaja berbangga dengan kemerdekaan dan keamanan yang dikecapi selama ini.

Alhamdulillah, semoga kemerdekaan... keamanan... keharmonian yang dikecapi kita ini akan terus berkekalan... bercambah... bertaut teguh selamanya, insyallah.

Hendaknya jiwa dan semangat perjuangan tokoh2 hebat tersemat dijiwa dan sanubari ini, semoga perjuangan kita untuk mertabatkan dan memajukan diri dan famili akan terus berkobar biar dilanda berbagai cabaran dan dugaan didepan sana, insyallah.
Selamat menyambut Hari Merdeka Ke 52 tahun buat semua dari warga AlphaLipid.Net
Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Tuesday

Notis Amaran Dari Syarikat N.Z. New Image Sdn Bhd

0 comments

Untuk melihat dengan jelas keratan akhbar ini sila lawati www.alphalipid.net/images/amaran.jpg

Untuk menangani masalah harga yang rendah dipasaran, yang dilambakkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab terhadap biz Alpha Lipid ini... maka syarikat telah mengeluarkan Notis Amaran kepada semua...

Notis untuk ahli mahupun bukan ahli!!

Tindakan undang2 akan diambil kepada mereka yang menjual produk berkhasiat Alpha Lipid LifeLine dengan harga yang murah dari harga pasaran iaitu RM180 atau RM150 kepada ahli.

Notis Amaran tersebut telah disiarkan diakhbar Utusan Malaysia hari ini (ms 23 Sisipan Mega). Semoga ia menjadi titik tolak kepada biz Alpha Lipid yang semakin sihat, insyallah.

Diharapkan mereka yang menjual harga rendah ini dapat memberhentikan aktiviti mereka dan diharapkan juga ahli2 semua dapat bekerjasama dengan melaporkan aktiviti2 yang merosakkan biz Alpha Lipid ini kepada peguam yang dilantik syarikat iaitu Abdullah Chan di talian 03-23812070 atau fax 03-23812078.

Saturday

Membership Update Form

0 comments
Peringatan buat semua ahli yang memperolehi bonus pendapatan kurang dari RM5,000 dan MASIH menerima bonus dalam bentuk cek, sila isikan maklumat bank anda pada borang maklumat keahlian berikut (Sila klik untuk download): http://download709.mediafire.com/5wjxdylo19xg/y2m24mzm22j/newbank-form.pdf

Setelah anda isi lengkapkan borang tersebut, sila fax ketalian 03-21784025 atau kembalikannya semula ke pejabat urusan syarikat di Mid Valley.

Tarikh Tutup Ogos - 1 September 2009

0 comments
1 September, 2009 bersamaan hari Selesa adalah tarikh tutup bagi bulan Ogos, 2009. Semua pesanan anda mesti sampai ke HQ sebelum 5.00 petang. Tiada 'Top-Up' akan dibenarkan selepas dari tarikh dan masa tersebut.

Semoga anda dapat membuat pesanan secepat mungkin, kerana kebiasaanya jika pesanan dibuat dihujung bulan, maka anda terpaksa menunggu sehingga 5 ke 7 hari bekerja untuk menerima barang yang dipesan.

PERINGATAN! Sila buat pembelian peribadi 150pv - (personal volume) (2 tin Alpha Lipid LifeLine) untuk melayakkan anda mendapat bonus dan bagi mereka yang mempunyai rangkaian bertahap Supervisor keatas dibawah mereka sila buat pembelian kumpulan sebanyak 800gv (group volume) untuk melayakkan anda mendapat bonus dari Supervisor2 dibawah anda.. Ingat tuu, kalau tak buat nanti rugi je tak dapat maksimum bonus.

Friday

Diizinkan lagi buat kita, Ramadhan kembali semula

0 comments
Syukur alhamdulillah, semasa solat jumaat tadi dipesan2... diingat2kan bahawa umur yang panjang ini hanya sekadar pinjaman, ramadhan yang tiba perlulah dimanfaatkan...

Tatkala tarawih ingin bermula, imam mengingatkan pula, semoga kembalinya ramadhan kali ini... mengizinkan kita sekali lagi bertemu dengan malam penuh barakah, malam seribu bulan, malam lailatulqadar... insyallah... Sekembali dari tarawih, yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang menurunkan hujan bagi menyambut Ramadhan ini, kami sekeluarga menyambutnya dengan doa, agar segala perjuangan kita dipermudahkan didunia dan diakhirat sana, insyallah.

Dikesempatan ini saya dan isteri ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Mulia, Bulan Ramadhan buat semua, semoga berlipat gandalah hendaknya amalan kita semua, insyallah.

Ingin berkongsi disini, salah satu ucapan dari warga AlphaLipid.Net dari Jitra, Kedah... Cik Nurul yang menghantar sms yang berbunyi "Jika semua harta adalah racun, maka ZAKATlah penawarnya, jika keseluruhan umur adalah doa maka TAUBATlah ubatnya dan jika seluruh bulan adalah noda, maka RAMADHANlah pemutihnya... Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak"

Monday

Situasi semasa Influenza A(H1N1)

0 comments
Kes Kematian : 2
Jumlah Kematian : 64


Dimaklumkan sehingga 17 Ogos 2009 jam 9.00 pagi sejumlah 284 pesakit H1N1 sedang dirawat di wad dan 33 pesakit yang disahkan H1N1 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di seluruh negara. Daripada 33 kes yang sedang menerima di ICU, di dapati 17 kes mempunyai faktor risiko iaitu penyakit kronik (8), asma (3), obesiti (2), kecacatan otak (2), hamil (1) dan post-delivery (1). Untuk makluman sebanyak 2 kematian telah dilaporkan. Lagi...

Maklumat lengkap berkenaan H1N1 boleh didapati di laman web rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia di http://h1n1.moh.gov.my/

Pelbagai petua yang saya dengar untuk melawan H1N1 ini, ada yang syorkan pengambilan air kelapa setiap hari, minum/makan 6 biji epal hijau dan air fresh oren. Apapun petuanya, amalkanlah minum air masak 2 ke 3 liter sehari. Dan bagi kebanyakkan kami, Alpha Lipid LifeLine menjadi amalan yang terbaik, insyallah...
Untuk keterangan lanjut berkenaan Alpha Lipid LifeLine, sila hubungi En. Sham/Pn Sue ditalian 013-9203194/013-9441388 atau email kami di alphalipidnet@yahoo.com


Sama2 kita menjaga kesihatan diri dan famili...

Wednesday

Ustaz Azri Rabbani Meninggal Dunia

0 comments
Baru je tadi kita dikejutkan dengan berita menyedihkan, Ustaz Mohd Asri Ibrahim, 40, vokalis kumpulan nasyid Rabbani telah disahkan meninggal dunia 11 lebih pagi tadi akibat serangan jantung di Hospital Pantai, Bangsar.
Allahyarham Ustaz Asri dipercayai meninggal dunia sepelas jatuh pengsan semasa memberikan ucapan dalam sidang media program 'Syahadah' di Angkasapuri, Radio Televisyen Malaysia (RTM) kira-kira pukul 10.30 pagi tadi.

Al-Fatihah buat Allahyarham, semoga rohnya dicucuri rahmat dan diletakkan oleh Dia Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang bersama2 para syuhadah.



Ingatlah kehidupan kita didunia ini hanya sementara, segala kemewahan dan kesenangan juga tidak lama. Semoga kita dapat sama2 menjaga kesihatan diri dan famili dan berkongsi dengan semua tentang penjagaan kesihatan ini.

Beberapa minggu lalu, Allahyarham Yasmin Ahmad pergi meninggalkan kita, juga dengan masalah jantung.

Kita??? Ayah Ibu kita?? Suami Isteri kita??

Semoga tulisan ini menjadi peringatan buat diri ini dan para pembaca blog AlphaLipid.Net

Sunday

Keahlian Anda Ditamatkan?

0 comments
Akibat pendaftaran ahli2 baru yang berduyung2 kedalam syarikat ini, pengkalan data ahli semakin membesar kini. Ini menyebabkan pihak syarikat mengambil keputusan untuk menamatkan setiap keahlian yang tiada pembelian dalam tempoh 12 bulan tanpa mengira apa jua pangkat mereka.

Samada Supervisor, Manager, Ruby Executive, Emerald mahupun Diamond Executive sekiranya tiada pembelian selama 12 bulan, maknanya mereka tidak aktif maka syarikat akan menamatkan aje keahlian mereka. Ini adalah suatu tindakan yang positif, 'membersihkan' pengkalan data dari ahli2 yang tidak aktif, agar sistem dapat beroperasi dengan lebih cekap, lebih lancar dan efektif.

Sila pastikan setiap dari ahli2 yang berdaftar dibawah rangkaian anda faham akan peraturan ini.

PERHATIAN! Mereka yang telah ditamatkan keahlian TERPAKSA mendaftar keahlian baru sekiranya ingin mendapat kelebihan sebagai ahli. Seperti yang semua maklum, Promosi KEAHLIAN PERCUMA dengan pembelian 3 tin Alpha Lipid LifeLine masih ada sehingga tarikh tutup bagi bulan Ogos, 2009 nanti.

Maka daftarlah segera! Pv untuk setiap keahlian baru akan dikira untuk Royalti pada November 2009 nanti.

So setiap masalah yang timbul pasti ada peluang yang muncul!

Selamat maju jaya buat semua. Moga impian kita kan terlaksana jua.. insyallah..

Friday

Syarikat Akan Bertindak Tegas!

0 comments
Kami telah menerima aduan dan keluhan dari ahli2 dari rangkaian AlphaLipid.Net dan juga ahli2 dari rangkaian lain berkenaan dengan harga yang rendah (murah dari harga ahli RM150/RM160). Ini dilakukan oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab, merosakkan pasaran Alpha Lipid LifeLine yang semakin subur ini.

Berikut adalah contoh terbaru sms yang kami terima dari En. Jasmi di Melaka “Aslm En. Sham, rasanya syarikat kena buat sstu pasal biz ni sbb ramai yg sya dgr tlah mjual susu dgn hrg RM135, kalu takde tindakan tentu ramai akn jual dgn harga tersebut, harap ada tindakan”

Apa yang kami boleh pastikan disini, seperti En. Jasmi, sekiranya anda mendapat maklumat berkenaan dengan harga yang rendah ini, sila berikan maklumat tersebut kepada syarikat dengan menghubungi 03-22872988 atau email kepada support@newimageasia.com.my


Malah Pihak Syarikat sendiri akan mengeluarkan NOTIS AMARAN yang akan diiklankan diakhbar2 utama tidak lama lagi bagi memerangi mereka yang menjual Alpha Lipid LifeLine dibawah harga yang ditetapkan.

TINDAKAN undang-undang akan diambil terhadap mereka dan keahlian mereka akan ditamatkan.

Namun ingatlah! Setiap cabaran yang mendatang akan disusuli dengan sesuatu yang baik untuk semua, insyallah. Semoga dengan commitment syarikat dan kerjasama semua pihak, masalah harga rendah ini akan berakhir jua nanti.

Kerjasama dari semua diperlukan untuk melawan sikap2 yang mementingkan diri sesetengah pihak yang hanya mahukan stok Alpha Lipid mereka terjual.

Selamat maju jaya buat semua.

Ikhlas dari Sham & Sue

Khidmat Penghantaran – GDExpress & Secure Express

0 comments

Pihak syarikat sedaya upaya akan memastikan penghantaran Alpha Lipid LifeLine kepada anda diterima selamat dan dalam keadaan baik. Namun setelah Alpha Lipid LifeLine yang dipesan, dibungkus dan diserahkan kepada pihak courier seperti GDExpress & Secure Express maka dalam perjalanan dari HQ ke pintu rumah anda, macam2 boleh terjadi.

Kami diAlphaLipid.Net menasihatkan kepada semua agar mengikut langkah2 berikut apabila menerima barang yang dipesan:

1. Setelah menandatangani dokumen dari pihak courier, sila BUKA dengan SEGERA kotak yang mengandungi pesanan Alpha Lipid LifeLine anda.

2. PASTIKAN setiap tin yang diterima berada dalam keadaan yang baik, tidak kemek atau terbuka.

3. Sekiranya kemek atau rosak seperti terbuka, sila telefon HQ dengan SEGERA ditalian 03-22872988 dan maklumkan tentang perkara tersebut.

4. Setelah menerima aduan dari anda, pihak HQ akan meminta anda untuk mengambil gambar dan menutup kembali kotak tersebut.

5. Pihak HQ akan menghubungi pihak courier untuk mengambil kembali kotak tersebut dirumah anda.

6. Setelah menerima kotak tersebut barulah HQ akan menggantikan dengan yang baru.

Proses ini biasanya akan mengambil masa seminggu ke 2 minggu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...