Friday

Syarikat Akan Bertindak Tegas!

Kami telah menerima aduan dan keluhan dari ahli2 dari rangkaian AlphaLipid.Net dan juga ahli2 dari rangkaian lain berkenaan dengan harga yang rendah (murah dari harga ahli RM150/RM160). Ini dilakukan oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab, merosakkan pasaran Alpha Lipid LifeLine yang semakin subur ini.

Berikut adalah contoh terbaru sms yang kami terima dari En. Jasmi di Melaka “Aslm En. Sham, rasanya syarikat kena buat sstu pasal biz ni sbb ramai yg sya dgr tlah mjual susu dgn hrg RM135, kalu takde tindakan tentu ramai akn jual dgn harga tersebut, harap ada tindakan”

Apa yang kami boleh pastikan disini, seperti En. Jasmi, sekiranya anda mendapat maklumat berkenaan dengan harga yang rendah ini, sila berikan maklumat tersebut kepada syarikat dengan menghubungi 03-22872988 atau email kepada support@newimageasia.com.my


Malah Pihak Syarikat sendiri akan mengeluarkan NOTIS AMARAN yang akan diiklankan diakhbar2 utama tidak lama lagi bagi memerangi mereka yang menjual Alpha Lipid LifeLine dibawah harga yang ditetapkan.

TINDAKAN undang-undang akan diambil terhadap mereka dan keahlian mereka akan ditamatkan.

Namun ingatlah! Setiap cabaran yang mendatang akan disusuli dengan sesuatu yang baik untuk semua, insyallah. Semoga dengan commitment syarikat dan kerjasama semua pihak, masalah harga rendah ini akan berakhir jua nanti.

Kerjasama dari semua diperlukan untuk melawan sikap2 yang mementingkan diri sesetengah pihak yang hanya mahukan stok Alpha Lipid mereka terjual.

Selamat maju jaya buat semua.

Ikhlas dari Sham & Sue

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...