Saturday

Salam Ramadhan Buat Semua

0 comments
Syukur... syukur... syukur Ya Allah... syukur Alhamdulillah... bulan yang penuh berkat, penuh keampunan sudah tiba lagi. Moga sama2 kita memperbanyakkan membaca Al-Quran, belajar dengannya, memahami isinya dan beramal dengan pengajarannya... diperbanyakkan sedekah... dan banyakkanlah berdoa... mintalah apa sahaja... Dia Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

Ya Allah Ya Tuhanku... Kau ampunilah dosa2 ibubapaku dan Kau kasihanilah mereka sepertimana mereka mengasihaniku sewaktu aku kecil... Kau ampunilah dosa2 ku yang bertimbun banyaknya ini... Kau ampunilah dosa2 keluargaku, samada yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia... Amin Ya Robbala'alamin...

Wednesday

28 Julai - Hari ni tarikh akhir!

0 comments
Tarikh tutup bagi bulan Julai, 2011 adalah pada hari ini 28 Julai, 2011 bersamaan hari Khamis. Semua pesanan anda mesti sampai ke HQ sebelum 5.00 petang. Tiada 'Top-Up' akan dibenarkan selepas dari tarikh dan masa tersebut.

INGAT!!! PERINGATAN PENTING PERLU DIULANG BERKALI2! Sila buat pembelian peribadi 150pv - (personal volume) (2 tin Alpha Lipid LifeLine) untuk melayakkan anda mendapat bonus!!

Bagi mereka yang mempunyai rangkaian bertahap Supervisor keatas dibawah mereka sila buat pembelian kumpulan sebanyak 800gv (group volume - Pembelian anda & downline direct anda yang belum Supervisor) untuk melayakkan anda mendapat bonus dari Supervisor2 dibawah anda.. Ingat tuu, kalau tak buat nanti rugi je tak dapat maksimum bonus.

Kepada Supervisor & Manager sila SENTIASA memberi peringatan ini kepada rangkaian anda, agar tiada kesulitan yang bakal timbul nanti.. Okey..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...