Saturday

Anda Sendirian??

Adat dan resam alam, setiap dari kita pasti dijengah masalah, rintangan dan halangan dalam kehidupan. Malah dalam membina biz Alpha Lipid ini pun masalah sering muncul, kekadang ia menghulurkan kepala sahaja, ada ketikanya dihulurkan kaki dengan tapak2nya sekali.

Apa jua yang mendatang, kecil mahupun besar... setiap dari kita PERLU TABAH menghadapinya. Memang kekadang kita rasakan kita sahaja yang bina biz ini, tiada sokongan dari kiri mahupun kanan, dari famili ataupun kawan, sokongan dari upline pun sering tiada... barangkali..

Dikala itulah... kita akan rasa yang KITA KESEORANGAN... yang kecewa dan marah, pastikan terus berhenti dan menamatkan perjalanan membina kejayaan ini. "Ahhh... biarlah orang lain je berjaya, biar aku sendiri dengan hidup aku ini..."

Percayalah wahai pembaca AlphaLipidNew.Co.Cc semua yang berjaya kini... melalui segala rintangan itu... bezanya mereka terus bergerak maju, biar perlahan namun berhenti tidak sekali!

Teruskan gerakan kejayaan anda, semoga ketabahan dan keyakinan kita kepada kekuasaan dan keadilan Dia Yang Maha Pemurah akan memberikan juga kejayaan cemerlang kepada kita nanti, insyallah.

Tontonlah kisah benar satu perjuangan "Men Of Honor", kisah yang menceritakan perjuangan seorang kulit hitam bernama Carl Brashear untuk menjadi penyelam pertama US Navy. Beliau bersendirian dikelilingi orang yang sering mengenepikan perjuangan beliau.



Klik untuk Sinopsis "Men Of Honor" http://www.imdb.com/title/tt0203019/synopsis

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...