Tuesday

Cabaran & Dugaan Mencapai Impian..

Apabila kita impikan sesuatu, DIA akan sertakan setiap impian itu dengan cabaran dan dugaannya sekali. Sekuat manakah impian kita itu? adakah cabaran yang diberi akan melemahkan kita atau barangkali akan menghapuskan impian dari minda ini?? Segalanya hanya kita yang tentukan.. tabahkah hati? tenangkah minda? kuatkah emosi diri?

Yang PASTI!!... Insyallah, sekiranya hati kita tabah, minda kita tenang, redha dengan ketentuan dariNYA dan emosi diri terjaga rapi... Impian akan menjadi satu Realiti... PASTI!!!

Itulah yang kami harungi selama ini, dalam kehidupan dan dalam perniagaan ini... bila kita ingin mencapai Supervisor, Manager, Senior Manager dan Level Executive... PASTI DIA akan sertakan cabaran... dugaan yang akan datang dari depan belakang, kiri kanan atas dan bawah.. dari luar dan dalam... segenap sudut... tapi PERCAYALAH... Impian kita akan terlaksana asalkan kita sentiasa REDHA dan YAKIN yang DIA PASTI akan menolong kita... kerana pasti suatu ketika kita akan rasa bagaikan sendirian tanpa sesiapa... tanpa segala... KETIKA ITULAH... sebenarnya KITA ADA DIA Yang Maha Esa... Yang Maha Segala.. Yang Maha Kaya..

Impian Kita Kan Jadi Nyata... Percaya akan DIA!! & Selamat Maju Jaya dari saya...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...