Monday

28 April 2009 Tarikh Tutup Bagi April 2009

0 comments
28 April, 2009 adalah tarikh tutup bagi April, 2009. Semua pesanan anda mesti sampai ke HQ sebelum 5.00 petang. Tiada 'Top-Up' akan dibenarkan selepas dari tarikh dan masa tersebut.

PERINGATAN! Sila buat pembelian peribadi 150pv - (personal volume) (2 tin Alpha Lipid LifeLine) untuk melayakkan anda mendapat bonus dan bagi mereka yang mempunyai rangkaian bertahap Supervisor keatas dibawah mereka sila buat pembelian kumpulan sebanyak 800gv (group volume) untuk melayakkan anda mendapat bonus dari Supervisor2 dibawah anda.. Ingat tuu, kalau tak buat nanti rugi je tak dapat maksimum bonus.

Saturday

Dilema disaat akhir?

0 comments

Inilah keadaan yang biasanya terjadi disaat2 akhir setiap bulan, dilema samada mendaftar ahli dibulan Mac atau April, menjadi Supervisor atau sekadar ahli biasa je.

Untuk lebih mudah, lebih terang lagi jelas, biar kami tumpukan kepada mereka yang dalam dilema samada untuk menjadi Supervisor bulan Mac atau April nanti...

Sekiranya April nanti baru anda ingin mencapai Supervisor:

1. Anda akan RUGI kerana peratus bonus anda kembali bermula dari 0% pada bulan April.
2. Anda akan RUGI kerana sebagai ahli biasa peratus bonus maksimum anda HANYA 16%.
3. Anda akan RUGI Selagi anda tidak mencapai Supervisor pengiraan bonus dikira hanya untuk 1500pv sahaja walaupun pembelian anda 2500pv.
4. Anda akan RUGI kerana pengiraan bonus 25% KEKAL akan hanya bermula untuk anda pada bulan MEI 2009.
5. Anda akan RUGI SEBULAN untuk mengumpul Royalti Volum, dari 4 bulan, kini anda ada hanya 3 bulan untuk mengumpul Royalti.

Seandainya anda membuat keputusan menjadi Supervisor pada bulan Mac ini, atau lebih tepat, pada HARI INI juga... maka anda dapat mengelakkan 5 KERUGIAN diatas.

Segalanya terpulang kepada anda... buatlah keputusan yang bijak! semoga keputusan anda itu dapat memacu biz anda kearah yang lebih maju, insyallah..

Hubungi kami ditalian 013-9203194 untuk penjelasan lanjut.

Thursday

AlphaLipid.Net Menyokong Earth Hour

2 comments
Earth Hour 2009 adalah suatu platform yang julung kalinya diadakan secara global dan mendapat sokongan dunia untuk memberi tanda positif kearah perubahan dunia yang lebih baik.
AlphaLipid.Net memberi sokongan penuh kepada Earth Hour 2009 ini dan menyeru agar kita dapat sama2 menyertai Earth Hour ini. Ia direncanakan selama 60 minit dari jam 8.30pm hingga 9.30pm pada 28hb Mac 2009 bersamaan hari Sabtu ini.

Sertailah Earth Hour ini dengan memadamkan semua lampu ketika itu!!

Dapatkan wallpaper Earth Hour di www.alphalipid.net/images/earthhours.jpg

HAL SERIUS!! Harga Minimum RM150!!!

0 comments
Pihak AlphaLipid.Net telah menerima banyak aduan dari ahli-ahli N.Z New Image yang mengadu bahawa diluar sana ada pihak2 yang tidak bertanggungjawab telah memasarkan produk berkhasiat Alpha Lipid LifeLine dengan harga kurang dari RM150.

Walaupun pihak HQ telah mengingatkan kepada semua ahli agar tidak menjual produk Alpha Lipid bawah dari RM150, namun masih ada juga yang berdegil berbuat demikian.

Sekiranya anda mempunyai maklumat tentang mereka yang membuat kesalahan ini, sila maklumkan kepada HQ ditalian 03-22872988.

Kami dari AlphaLipid.Net menyeru agar setiap ahli bertanggungjawab terhadap harga Alpha Lipid LifeLine ini untuk masa depan perniagaan ini. Kepada leader2, sila pastikan ahli dibawah rangkaian anda mematuhi peraturan ini.

Jangan Jual Alpha Lipid LifeLine kurang dari RM150!!!

Semoga kita boleh sama2 menjaganya agar Alpha Lipid dan New Image International akan terus maju dimasa hadapan, insyallah.

Saturday

Tarikh Tutup Bagi March - 30 Mac 2009

2 comments
30 Mac, 2009 adalah tarikh tutup bagi Mac, 2009. Semua pesanan anda mesti sampai ke HQ sebelum 5.00 petang. Tiada 'Top-Up' akan dibenarkan selepas dari tarikh dan masa tersebut.

PERINGATAN! Sila buat pembelian peribadi 150pv - (personal volume) (2 tin Alpha Lipid LifeLine) untuk melayakkan anda mendapat bonus dan bagi mereka yang mempunyai rangkaian dibawah mereka sila buat pembelian kumpulan sebanyak 800gv (group volume) untuk melayakkan anda mendapat bonus dari Supervisor2 dibawah anda.. Ingat tuu, kalau tak buat nanti rugi je tak dapat maksimum bonus.

Kelayakan Royalti Kali Ke 4 nanti

0 comments
Dari royalti pertama hingga ke royalti ketiga baru2 ini, ianya berlangsung dalam tempoh 6 bulan sekali. Mulai Mac 2009 tempoh Kelayakan Royalti telah disemak dari 6 bulan kepada 4 bulan. Semoga dengan perubahan ini dapat memberi peluang kepada ramai lagi penerima2 royalti pada Royalti Kali Ke 4 nanti, insyallah.

Jumlah Royalti Volum juga telah dikurangkan kepada:

Sash Biru – 30,000 RV
Sash Merah – 60,000 RV
Sash Emas – 120,000 RV
Beg Bimbit – 230,000 RV

RV (Royalty Volume) adalah dikira atas pembelian anda (peribadi) dan pembelian AHLI BARU didalam group anda yang mendaftar keahlian dalam tempoh royalti iaitu dari Mac 2009 hingga Jun 2009.

Sekiranya anda mempunyai persoalan tentang hal ini atau anda ingin mengetahui cara untuk mendapat Royalti pada Royalti Kali Ke4 nanti, samada Sash Biru, Merah, Emas mahupun yang dalam beg, sila hubungi upline anda atau terus hubungi kami ditalian 013-9203194 atau email di alphalipidnet@yahoo.com untuk mengetahui tip2 tersebut.

Gegaran Royalti Kali Ke 3

0 comments
Ramainya... kehadiran dari seluruh Malaysia dan dari New Zealand, Australia, Taiwan, Singapore, Amerika Syarikat, Indonesia...
Ahad lalu, 15 Mac 2009 merupakan Royalti yang terbesar dalam sejarah New Image dengan kehadiran melebihi 8,000 orang. Tahniah! Tahniah! Tahniah! kepada Syarikat New Image dengan perkembangan pesat ini dan juga tahniah kepada lebih dari 800 penerima royalty pada kali ini.


Gambaran dekat wang dalam beg, terdapat 60 Penerima Royalti Wang Dalam Beg, Tahniah buat mereka.

En. Sham & Puan Sue dari AlphaLipid.Net
(Lawati http://alphalipidnet.fotopages.com/ untuk gambar2 royalti terbaru)

Kita lihat sejarah Royalti ini…Sejarah membuktikan biz ini menjadi, makanya kepada mereka yang ingin bersama kami membina biz ini dengan membantu famili, rakan2 dan kenalan untuk kembali dan kekal sihat, hubungilah kami atau wakil2 kami dikawasan anda di www.alphalipid.net/wakil.htm

N.Z. New Image Memang Berbaloi

0 comments
2008 sememangnya tahun yang cemerlang! Bayangkanlah dalam bulan Februari, 2008 jumlah jualan syarikat telah mencapai RM1 juta sebulan dan pada Disember, 2008 alhamdulillah ianya meningkat sehingga 11 juta sebulan.

Produk hebat dan berkhasiat Alpha Lipid LifeLine dan Pelan Pemasaran yang digegarkan oleh Program Royalti setiap 4 bulan sekali telah memberi pertumbuhan yang konsisten dan mampan.
Inilah peluang yang ramai orang cari, produk yang mempunyai belian semula ‘repeat sales’ yang tinggi dan pelan pemasaran yang hebat! Dan kita telah memiliki biz ini, so apa lagi? Teruskan aje kayuhan, kerana rezeki di sini sememangnya mencurah2.. disamping dapat membantu ramai untuk kembali sihat dan untuk kekal sihat, kita mampu untuk menjana pendapatan darinya.

Jangan berlengah lagi, buat keputusan untuk serius dalam biz ini.. insyallah ia sangat berbaloi.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi En. Sham 013-9203194 atau Pn. Sue 013-9441388 atau hubungi kami melalui email di alphalipidnet@yahoo.com atau anda boleh terus menghubungi wakil2 kami di kawasan anda di www.alphalipid.net/wakil.htm

Wednesday

3300 Tiket Royalti Telah Habis Dijual

0 comments
20hb Februari, 2009 lalu kami menghubungi HQ, untuk 'booking' Tiket Royalti. Dimaklumkan oleh HQ Tiket Royalti tersebut telah habis dijual. Syukur! ini menandakan Royalti Kali Ke3 nanti akan dihadiri ramai dan insyallah akan memberi impak yang terbaik buat biz kita.
Royalti Kali Ke3 telah berubah tempat dari PWTC ke The Mines Convention Center yang akan memuatkan sehingga 5,000 orang. Jadi janganlah lepaskan peluang untuk melonjakkan biz anda! Hadirkan diri, famili dan rakan2 ke Royalti Convention tersebut.
ROYALTI CONVENTION KALI KE3


Tempat: THE MINES CONVENTION HALL
(Terletak 20 minit dari bandar Kuala Lumpur dan 30 minit dari KLIA.)
Tarikh: 15 Mac, 2009
Masa: 1.00 hingga 6 petang

Bagi anda yang berdaftar dibawah group AlphaLipid.Net sila berikan nama2 yang hendak ke majlis Royalti tersebut kepada kami melalui email alphalipidnet@yahoo.com dengan bayaran RM10.00 seorang (Februari) atau RM15.00 seorang (Mac).

JUMPA ANDA DISANA!

Ramai Yang Berjaya Didalam Biz Ini Mengambil Peluang Menghadiri Royalti Untuk Membesarkan Biz Mereka!

Inilah PELUANG ANDA! JANGAN KETINGGALAN!!!

Thursday

ROYALTI KEMBALI LAGI! Jangan Lepaskan Peluang Ini

0 comments
Royalty Convention Kali Ke3 akan diadakan seperti jadual berikut:
Tarikh: 15hb Mac 2009 (Ahad)
Tempat: PWTC-Pusat Dagangan Dunia Putra
Waktu: petang (akan diumumkan kemudian)

Yuran Masuk: RM10 seorang (jika dibeli sebelum hujung bulan Febuari)
RM15 seorang (jika dibeli pada 1 Mac dan seterusnya)

Tempat duduk dihadkan kepada 3300 orang sahaja! Kepada mereka yang berdaftar dibawah rangkaian AlphaLipid.Net, tiket-tiket boleh dibeli melalui AlphaLipid.Net dan anda juga boleh terus membelinya dipejabat NZ New Image Sdn Bhd di Level 7, Tower B, Northpoint Midvalley Kuala Lumpur.

Kehadiran adalah WAJIB kepada mereka yang layak menerima Royalti.

Kehadiran adalah TERBUKA kepada semua termasuk yang belum menjadi ahli atau yang telah menjadi ahli.

Adalah dijangkakan sebanyak RM5juta wang akan diagihkan kepada penerima2 royalti pada kali ini. Anda boleh melihat sendiri, dari ribuan ringgit ke puluhan ribu ringgit hinggalah ke ratusan ribu ringgit akan diberikan kepada individu2 yang mencapai tahap tertentu didalam biz ini.

Jangan Lepaskan Peluang Menyaksikannya! Kerana ia telah merubah kehidupan ramai didalam biz ini.. malah mungkin kali ini ia akan merubah kehidupan anda pula, insyallah.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi En. Sham & Puan Sue ditalian 013-9203194/013-9441388 atau hubungi melalui email alphalipidnet@yahoo.com




26 Februari, 2009 Tarikh Tutup Bagi Februari 2009

0 comments
26 Februari, 2009 adalah tarikh tutup bagi Februari, 2009. Semua pesanan anda mesti sampai ke HQ sebelum 5.00 petang. Tiada 'Top-Up' akan dibenarkan selepas dari tarikh dan masa tersebut.

PERHATIAN! Kepada mereka yang ingin mencapai tahap tertentu didalam biz ini, masa masih ada lagi. Kepada mereka yang ingin mengejar royalti kali ke 3 nanti sila pastikan anda mencapainya. Segalanya boleh dilakukan dengan keyakinan dan usaha, pasti ia kan berjaya, insyallah.

Monday

Gong Xi Fa Chai Buat Semua

0 comments

Warga AlphaLipid.Net mengucapkan Gong Xi Fa Chai buat semua berbangsa TiongWa. Tahun ini adalah tahun Lembu, amat sesuai untuk biz kita meluncur laju... maju.. Lembu2 kita di New Zealand membekalkan qualiti kolostrum yang terbaik didunia. Semoga tahun Lembu ini yang juga sambutan ulangtahun ke25 New Image International akan memberikan keluangan rezeki yang melimpah ruah buat semua dan teristimewa doa ini buat semua yang berada dirangkaian AlphaLipid.Net
Gong Xi Fa Chai

3hb Februari, 2009 Tarikh Akhir Bagi Januari, 2009

0 comments
3 Februari, 2009 adalah tarikh tutup bagi Januari, 2009. Semua pesanan anda mesti sampai ke HQ sebelum 5.00 petang. Tiada 'Top-Up' akan dibenarkan selepas dari tarikh dan masa tersebut.

Untuk makluman bersama, sempena sambutan Tahun Baru Cina, HQ akan ditutup pada 26 & 27hb Januari, 2009. HQ akan dibuka untuk urusan pada hari Selasa bersamaan 28hb Januari, 2009 dengan perubahan waktu pejabat seperti berikut:

28hb Jan - 9:30 pagi hingga 4:30 petang
29hb Jan - 9:30 pagi hingga 5:00 petang
30hb Jan - 9:30 pagi hingga 5:00 petang

PERHATIAN! Pesanan yang dibuat pada 28, 29 & 30hb Januari hanya akan dibuat penghantaran bermula pada 2hb Februari, 2009.

Saturday

KISAH BENAR! Jadi Supervisor dalam masa tidak lebih 20 minit

0 comments
Pada mereka yang nak mengetahui secara lanjut bagaimana Shima (dari Nilai mencapai Supervisor dalam masa tidak lebih 20 minit, sila lawati forum kami di www.team-alphalipid.net/forum

Anda juga boleh terus menghubungi beliau ditalian 019-2198650/06-7917995.

Tahniah Shima! Semoga pencapaian anda menjadi inspirasi buat ramai diluar sana. Semoga juga ramai yang mendapat manfaat dari segi kesihatan dan pendapatan dari produk Alpha Lipid LifeLine ini, insyallah.

Salam maju jaya dari Sham & Sue
http://www.alphalipid.net/

Sumbangan Buat Gaza - Tabung NSTP Gaza

0 comments
AlphaLipid.Net mengalu2kan agar pelawat2 AlphaLipid.Net dan blog2 rangkaian ini untuk sama2 menghulurkan bantuan ke tabung NSTP Gaza. Kepada anda yang ingin memberi sumbangan ketabung tersebut boleh berbuat demikian di cawangan2 Maybank diseluruh Negara, melalui http://www.maybank2u.com/, KawanKu phone banking, mesin deposit tunai/cek atau di lebih 2,700 Mesin ATM KawanKu.

Sila bank-in ke Akaun Maybank untuk Tabung NSTP Gaza A/C No: 514105-320501.
Kita tidak berada ditempat mereka, kekejaman Isreal dan sekutu kuatnya Amerika sudah melebihi dan tidak dapat dimaafkan. Hulurkanlah bantuan walau sekecil manapun, semoga bantuan kewangan mahupun doa ikhlas dari kita semua dapat membantu walaupun sedikit cuma. Semoga Allah memberi kekuatan buat mereka dan memberi kemenangan kepada rakyat Palestin, insyallah.

P/S: Sumbanglah walaupun RM5.00 dan doakan mereka...

Tuesday

Biz Alpha Lipid LifeLine Semakin Menjadi

0 comments

Syukur kehadrat Dia Yang Maha Esa, biz Alpha Lipid LifeLine semakin maju diseluruh dunia, khasnya di Malaysia, beribu yang telah mendapat manfaat dari segi kesihatan dan pendapatan, alhamdulillah. Pesakit2 diabetis, darah tinggi, lelah/asma sememangnya tidak dapat dinafikan keberkesanannya lagi, malah yang kritikal seperti kanser, leukimia, lumpuh dan jantung juga mendapat hasil yang sangat memberangsangkan.

Dari perkembangan yang sihat ini, kini telah ramai pengusaha2 Alpha Lipid melangkah kearah mempromosikan produk berkhasiat ini didunia siber, internet. Tahniah kepada pengusaha2 tersebut, semoga Alpha Lipid LifeLine semakin dikenali dan dapat membantu ramai lagi diluar sana untuk kekal dan terus sihat, insyallah.
Kepada mereka yang telah dan akan bersama AlphaLipid.Net kami alu2kan kehadiran anda, semoga Dia Yang Maha Segala akan memudahkan segala urusan kita, disini dan disana, insyallah.

Ikhlas dari Sham & Sue




Wednesday

Selamat Tahun Baru 2009

0 comments
Tadi jarum jam melepasi 12:00 tengah malam... kita melangkah kaki ke tahun 2009. Azam tahun 2008 bagaimana? gerak masa tetap berlalu pergi, semakin berusia kita, tercapaikah segala azam lalu atau ianya dibiarkan kaku, beku didalam sejarah lalu.

Semoga 2009 memberikan kita kekuatan dan ketabahan menghadapi segala kemungkinan, apatah lagi dengan ekonomi yang dijangka akan bertambah meruncing.. semoga dapatlah kita menggunakan vehical (biz Alpha Lipid) untuk bekalan diri dan famili menghadapi semua kemungkinan itu.

Sesungguhnya bagi kami dan ramai lagi saksi dah membuktikan biz ini memang menjadi, so janganlah tangguh lagi... teruskan usaha memajukan diri bersama kami.

Doa dan harapan kami buat semua agar tahun 2009 ini akan memberikan kita kecemerlangan dalam kehidupan kita dan famili, insyallah.

Sunday

Syukur AlphaLipid.Net Terus Berkembang

2 comments
Pertengahan Ramadhan 1427H bersamaan 7 Oktober, 2006 satu titik sejarah dimana AlphaLipid.Net didaftarkan diruang cyber. Itulah saat2 awal produk berkhasiat Alpha Lipid LifeLine berada ditangan kami. Setiap cabaran kami lalui dengan hati yang tabah dan sabar.

Alhamdulillah kini, setelah melalui segala onakduri.. AlphaLipid.Net telah bertambah ceria, menerima kunjungan pelawat dari seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak, juga dari Indonesia, Filipina, Brunai, USA, UK, Singapura, Qatar dan banyak lagi negara2 lain. Beratus kunjungan pelawat setiap hari. Syukur kepada Illahi kerana anugerah ini...

Sesungguhnya AlphaLipid.Net bukan sahaja dapat membantu memberikan maklumat berkenaan produk kepada ahli2 yang berdaftar dibawah rangkaian AlphaLipid.Net sahaja malah kami bersyukur kerana ia juga dapat membantu ramai ahli2 dari rangkaian lain yang mendapatkan maklumat di AlphaLipid.Net lebih2 lagi disitu terdapat koleksi testimoni2 yang menarik (video) malah secara tidak langsung ianya memberi impak kepada ruang blog kami di http://www.alphalipidblog.co.cc/ http://www.alphalipidnews.co.cc/ dan ruang youtube.com kami di http://www.youtube.com/user/suhaila770301

Ikhlasnya, kami rasakan AlphaLipid.Net telah memudahkan ramai pengusaha2 biz ini secara langsung mahupun tidak langsung mendapat dan berkongsi maklumat. Semoga AlphaLipid.Net akan terus maju dengan iringan doa dan harapan dari semua, insyallah..

Salam Maal Hijrah 1430H

0 comments

Selamat menyambut Maal Hijrah 1430H, tahun baru berserta semangat baru. Semoga ini tahun kita bakal merubah kehidupan kita kearah yang jauh lebih baik didunia mahupun untuk bekalan diakhirat nanti, insyallah.

Untuk mencapai kejayaan didalam kehidupan ini amnya dan didalam biz ini khasnya, kita perlu berusaha, perlu ada TEKAD dan KEAZAMAN YANG KUAT! YAKIN pada diri dan YAKIN pada Dia Yang Maha Mengasihi... kerana keyakinan 100% kepada kudrat Dia akan pasti memberikan semangat yang kental untuk menempuhi segala cabaran. Dengan keyakinan itu jugalah, akan menarik (magnet) kejayaan, kecemerlangan... insyallah..

Jauhi rasa ragu dan was2 pada diri, apatah lagi ragu dan was2 pada kudrat Dia Yang Maha Esa. Kita perlu lakukan segala yang perlu untuk menjayakan biz kita ini, selainnya Dia Yang akan putuskan... cuma ingatlah Dia Maha Adil Lagi Maha Bijaksana, segala usaha yang dilaburkan, dengan tekad yang sungguh2... pasti kejayaan menanti... Insyallah..

Kepada mereka yang masih belum mencapai tahap Supervisor (dengan bonus 25% kekal) inilah permulaan yang baik bagi tahun Hijrah 1430H. Bagi mereka yang telah mencapai tahap Supervisor sila berkongsi pengalaman anda diforum www.team-alphalipid.net/forum semoga dengan perkongsian anda dapat membantu mereka lebih yakin, lebih bersungguh2 dan nekad dengan keputusan perniagaan yang tepat... mencapai Supervisor... insyallah..

Monday

Kunci Kejayaan Biz Alpha Lipid LifeLine

0 comments
Setiap kejayaan pasti ada petua dan kuncinya. Bila kita ada kunci tersebut maka mudahlah untuk membuka rahsia kejayaan didalam biz ini. Ramai yang telah mengunakan kunci ini dan mengajar agar biz partner mereka juga menggunakannya. Kunci tersebut adalah SUPERVISOR!!

Capailah tahap Supervisor secepat mungkin dengan pembelian kumpulan 30 tin atau pembelian peribadi 30 tin (terpulang kepada kemampuan). Setelah menjadi Supervisor, ajar dan bimbing mereka (downline) melakukan perkara yang sama, iaitu mencapai Supervisor.

Untuk mencapai tahap Manager, Ruby Executive, Emerald Executive malah Diamond Executive pun kuncinya dengan melahirkan ramai Supervisor dirangkaian anda.

Kepada semua Supervisor2 diluar sana sila daftar di www.team-alphalipid.net/forum untuk berkongsi kelebihan menjadi Supervisor dan berkongsi juga cara anda mencapai Supervisor. Semoga perkongsian anda diforum tersebut dapat membantu ramai mencapai tahap Supervisor nanti, insyallah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...