Wednesday

Tahniah dari AlphaLipid.Net buat Mr NH Chua!

Tahniah buat Mr NH Chua kerana baru2 ini New Image Group Limited (NZX: NEW) telah melantik NH Chua, Naib Presiden Asia Pasifik sebagai pengarah eksekutif syarikat, untuk mengisi kekosongan Lembaga Pengarah.

Pengerusi syarikat, Mr Graeme Clegg berkata Mr Chua telah bekerjasama dengan beliau selama hampir 24 tahun dari 26 tahun syarikat bagi menggalakkan pertumbuhan melalui jualan langsung di Asia.

Mr Clegg berkata bahawa beliau gembira bila Mr Chua menerima tawaran untuk bersama lembaga pengarah. Mr Chua yang mempunyai BA dalam bidang ekonomi dan perdagangan dari Universiti Toronto. Beliau mempunyai pengalaman melebihi 33 tahun dalam industri jualan langsung dan kemampuan beliau dipandang tinggi untuk mengembangkan kepemimpinan dan membina infrastruktur kejayaan.

Baru-baru ini beliau dijemput untuk hadir ke persidangan tahunan Persatuan Jualan Langsung Australia yang diadakan di Gold Coast. Mr Chua yang lancar bertutur dalam semua bahasa penting di rantau ini, menjadi asas untuk membangunkan syarikat di negara-negara yang telah beroperasi dan bagi perkembangan seterusnya.

"Prospek perniagaan bagi syarikat adalah sangat kuat di rantau Asia dan dengan adanya Mr Chua sebagai pengarah akan memberikan suatu sumbangan secara langsung dari peringkat lembaga pengarah kepada pembangunan dan pelaksanaan strategi."kata Mr Clegg.

Permintaan untuk produk kesihatan New Image di Malaysia membolehkan syarikat menubuhkan ibupejabat serantau seluas 850 meter persegi di Kuala Lumpur pada Julai tahun lalu.

Syarikat juga telah mempertimbangkan untuk melayakkan ia disenaraikan di bursa saham Malaysia, untuk memberikan kesempatan bagi pengedar syarikat untuk melabur secara langsung dalam perniagaan di sini.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...