Thursday

Lewat Mendapat Nombor Ahli & Kad Keahlian

"Assalammualaikum, saya telah pun membeli 3 tin susu alpha lipid dan kini tinggal lagi 1 tin. Semasa membeli, kawan saya memberitahu otomatik menjadi ahli bila membuat 3 tin pembelian. Saya membelinya sebelum bulan puasa lepas dan telah mengisi borang keahlian tapi sampai sekarang tiada apa apa yang saya terima dari pihak syarikat. Soalan saya kenapa begitu lama untuk mendapatkan kad keahlian? Terima kasih"

Email diatas kami terima dari seorang ahli baru dari rangkaian lain (Bukan rangkaian AlphaLipid.Net) bertanyakan tentang keahlian beliau. Untuk makluman sekiranya anda adalah salah seorang yang mengalami nasib yang sama, anda mempunyai 2 pilihan untuk menyelesaikan masalah tersebut.

1. Hubungi mereka yang mendaftarkan anda dan bertanyakan tentang nombor ahli.
2. Hubungi HQ ditalian 03-22872988, dan bertanyakan tentang nombor keahlian anda dengan memberi HQ rujukan nombor kad pengenalan anda.

Kebiasaannya apabila pendaftaran ahli dibuat, nombor ahli boleh didapatkan dalam tempoh 5 hingga 7 hari bekerja sahaja. Anda boleh terus menghubungi HQ untuk mendapatkan nombor ahli anda.

Kad keahlian biasanya akan dihantar melalui pos dalam tempoh sebulan dari tarikh menjadi ahli. Walaupun begitu, setelah anda mendapatkan nombor ahli anda melalui Upline/HQ, anda telah boleh membuat pembelian seterusnya dengan menggunakan nombor ahli tersebut.

Semoga maklumat ini dapat membantu.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...