Saturday

Pengorbanan Mencapai Kejayaan

Sempena menyambut Aidil Adha pada esok hari, tergerak hati ini untuk menulis disini, hari ini.. semoga ia menjadi panduan buat diri dan semua yang membaca blog ini, insyallah.

Pengorbanan adalah satu ramuan yang PERLU ADA untuk mencapai apa jua resepi kejayaan.. didunia mahupun diakhirat.. Salah satu pengorbanan yang PERLU ADA adalah KEREDHAAN dan KETULUSAN hati dan jiwa... juga emosi... didalam menerima apa juga bentuk dugaan dan cabaran hidup... dugaan dan cabaran dalam biz ini juga... semoga terpelihara, terjaga kita dari sifat2 yang masih lagi ramai yang mengamalkannya.. sikap yang menghalang untuk kita capai kejayaan... sikap TIDAK REDHA, 'redha' tapi masih merungut, 'redha' tapi masih tidak dapat menerima akan ketentuan yang telah ditetapkan oleh Dia Yang Maha Mengetahui. 'redha' tapi masih terkeluar kata2 "Kalaulah aku... tentu tak jadi begini"... so positiflah sentiasa..

Percaya dan yakinlah pada diri dan ketentuan Illahi... pada setiap dugaan yang menimpa, kita perlu tenang seketika, bagi diri dan minda menjana input yang diterima dan akhirnya.... kita redha dan yakin dengan sebenar2nya yakin... 100% yakin dan positif yang segala cabaran ini hanyalah buat sementara dan aturan yang terbaik dari Yang Maha Bijaksana juga buat kita, sebenarnya.. insyallah.
Selamat Menyambut Hari Raya Haji
dari Sham & Sue KB

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...